Sunday 12 May 2013

Sarapan Pagi Bersama Nestle Koko Krunch

Pada 8 Mei 2013, pihak sekolah telah menerima sumbangan sarapan pagi oleh Nestle Koko Krunch. Bertempat di lobi SK Lavender Heights, setiap murid dan guru diberi sarapan berupa bijirin Nestle Koko Krunch yang enak lagi berkhasiat.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Nestle kerana sudi memilih sekolah kami & menyediakan sarapan pagi untuk semua warga SK Lavender Heights.











Thursday 25 April 2013

Latihan Pengungsian Bangunan Bersama Bomba & Penyelamat Senawang

Pada 25 April 2013, Unit Keselamatan Sekolah Kebangsaan Lavender Heights dengan kerjasama Balai Bomba Dan Penyelamat Senawang telah menjalankan latihan pengungsian bangunan buat pertama kalinya pada tahun ini.
Loceng kecemasan dibunyikan sejurus selepas seorang murid mengesan terdapatnya punca kebakaran diblok D berdekatan dengan makmal komputer sekolah. Ketua keselamatan, Ustaz Haris Fazilah bertindak mengenalpasti punca berlakunya kebakaran dan mengarahkan murid bergerak pantas dan teratur  menuju ke tempat berkumpul di padang.
Pn. Hamidah Idris, selaku ketua staf pentadbiran memastikan rekod kedatangan murid untuk setiap kelas dibawa ke tempat berkumpul dengan selamat untuk tujuan penyemakan bilangan anggota sekolah. Seterusnya guru kelas memeriksa kelas masing-masing bagi memastikan bilangan murid cukup pada hari tersebut. Setelah memastikan jumlah keseluruhannya, ketua keselamatan melaporkan jumlah anggota sekolah kepada ketua operasi iaitu anggota bomba yang berada di tempat kejadian.
Setelah semuanya selesai, murid-murid dibenarkan untuk kembali ke kelas semula. Manakala guru-guru diberikan taklimat ringkas oleh pegawai bomba yang terlibat. Menurut beliau, latihan ini berjalan lancar dan menepati masa yang ditetapkan. Murid bergerak dengan teratur dan pantas ke tempat berkumpul. Pergerakan pasukan bomba dan penyelamat juga turut mencapai masa yang ditetapkan.
Dalam taklimat ringkas yang disampaikan, beliau mengingatkan agar pihak sekolah memantau alat pemadam api untuk memastikan ianya berfungsi apabila berlakunya kebakaran di sekolah. Beliau turut mengingatkan agar sistem penggera kebakaran sedia ada di sekolah digunakan. 
Akhir sekali, pegawai bomba menegaskan bahawa perlunya seorang yang mahir dalam menggunakan setiap peralatan keselamatan disekolah terutamanya gelendong atau gelung hos kebakaran supaya mudah jika berlaku kebakaran.
Selepas sesi taklimat, pasukan bomba dijamu dengan sedikit jamuan ringan. Kemudian murid Prasekolah diberi peluang untuk melihat dan merasai pengalaman menaiki kereta bomba. 
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Senawang yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan latihan pengungsian bangunan SK Lavender Heights, Taman Bandar Senawang 2013.

















Tuesday 23 April 2013

Action Song Competition

Pada 20 April lalu, SKLH telah menghantar pasukan Action Song ke pertandingan Action Song Peringkat Daerah Seremban 2 yang diadakan di SK Taman Seri Mawar. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun 3 membuat persembahan nyanyian beserta pergerakan yang disesuaikan. Pasukan Action Song dibawah bimbingan Cik Erda Asnidar bt. Anua dan Pn. Nor Fazilah bt. Ahmad Mahir telah berjaya membuat persembahan dengan semangat dan bertenaga. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan kita. 
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru dan murid yang telah menyiapkan diri ke pertandingan. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan pasukan Action Song kita kali ini.
Guru Pengiring:
Cik Erda Asnidar bt. Anua
Cik Siti Aisyah bt. Hamzah
Pn. Nor Fazilah bt. Ahmad Mahir

Pasukan Action Song :
Amirul Daniel
Haizam Aswad
Ilham Danny Jesmee
Muhammad Akmalrafiq
Muhammad Fitri Haziq
Syahmi Iskandar
Izzati Mirza Muhammad Safuan
Nur Anis Farhana
Nur Amni Syahirah
Nureen Amanda Zulaikha
Nur Alya Nabilah Zairul Norimy
Puteri Nur Syakirah 


sesi latihan terakhir







Monday 22 April 2013

Hasrat KSSR



Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).


Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:


- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial 
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) 
- Pekerja berilmu

Prinsip KSSR


Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:




Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.